Archive for September 9th, 2008

09
Sep

Sesungguhnya…

Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tak kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Dihadapannya, dihadapanmu ya Allah

Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menyentuh nikmatnya
Tanpa tulus di hatinya

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Dihadapannya, dihadapanmu ya Allah

p/s : sejak kawan aku bg lagu ni dulu..aku slalu dengar lagu ni..ade pengisian jugak arrr..kat liriknyer…mcm puisi pun ade..best je.

Hehe..sori laaa kat kawan aku yg kenalkan aku ngan lagu ni..aku pinjam kejap…masukkan kat sini..mekasih bagi aku lagu ni..kawan aku tu nama dier (qidal_80).

09
Sep

Menatap indahnya senyuman di wajahmu..

Slamat pagiii…

Fuhhh..pagi tadi lepas subuh aku struggle..lega..dah siap pun keje aku..tinggal yang kecik2 je lagi..slamatt..ceria sungguh aku ari ni..senyum meleret-leret, mak aku pun pelik nape perangai aku ni susah nak dijangka..pagi tadi bangun sahur diam je..ye laa..bangun sahur kan ngantuk lagipun aku kan tido lambat malam tadi…. tu yang macam tak betul sket..haha!

Ape-ape pun..susah ati ke..senang ati ke…yan penting kite kena slalu senyum…kalau aku slalu nangis nak kurang kan stress..korang pun bole senyum kalau nak kurangkan tekanan…orang kata senyum boleh bawa 1000 rahmat..kadang2 bole bawak rezeki gak…kalau mcm tu aku nak senyum slalu gak laaa…mesti comel muka aku nantii…ok laaa korang pun kena senyum2 slalu barulah hati kita rileks tak terlalu tertekan..hmmm ape lagi ek..huhuuuuu tak de bahan..sebab jap lagi aku nak keluar..nak pegi gosok baju dulu laa…karang sambung balik hehe….

wokeh..

Salam


Glitter Graphics - GlitterLive.com

09
Sep

hari ni aku tak bole tido lagi..dah nak dekat kul 2 dah ni…

salam sayang,

hmmmm….kalau hari2 mcm ni aku tak tidoo boleh kurus aku..hehe..nasib baik satu artwork dah siap..yang satu lagi esok je laa aku buat..aku nak rehatkan otak dulu…kalau paksa2 pun bukan boleh datang terus..tapi nasib baik job kali ni tak urgent..bole laaa aku amik masa sikit nak siapkan..

Kawan yang aku slalu chat dah balik…tadi baru chat ngan dier..balik bawak berita gembira…nak dapat job besar agaknyer…ceria je aku tengok dier..tapi nampak mcm penat sikit..kesian plak..tu tgk tu aku..cepat sangat kesian kat orang…nak buat mcm mana mmg dah aku dilahirkan dengan perasaan belas kasihan kat orang yang meluap2..kan bagus tu..nanti semua orang sayang kat aku..hehe…

sambil2 tulis blog ni..aku dengar lagu..kejap lagu raya..kejap lagu cinta..layan perasaan kejap..ye laaa..kan tak bole tidooo…aku mcm ni laa..slalu layan perasaan..sbb tak de orang nak layan aku…hahaha!!! orang kat umah aku semua dah tidoo, kawan chat aku pun da tidoo..aku je yang terkebil2 mata ni tak bole nak katup..susahnyer nak tidoo..korang ader tips tak nak bagi mata ni ngantuk…?? tapi aku penat ni…tak pe laa aku cube gak laaa lelapkan mata…jap lagi nak bangun sahur plak..

ok..blah dulu..

salam.

09
Sep

hari yang ceria…


Glitter Graphics - GlitterLive.com


Glitter Graphics - GlitterLive.com

09
Sep

Keter kancil aku jadik TRANSFORMER…haha nak tergelak pun ade…tapi comel plak..

p/s : cute kan kancil aku…hahah!!!

09
Sep

Erti persahabatan…buat sahabat2 yang aku sayang…

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti….kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, ‘memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa….tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa…bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah… terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..
salam….
09
Sep

bulan ramadhan..bulan menenangkan..

assalamualaikum,

aku baru je balik dari solat sunat terawih..kul 10.15 tadi..alhamdullilah aku belum lagi pernah tinggal terawih sejak hari pertama puasa..masih kuat nak teruskan ibadat ni..dan insya allah kalau tak der aral melintang..mintak2 dapat lah buat penuh sebulan?? dapat ke?? alaaa..pompuan..mesti ader sangkut punyer..hehe!!

Ramadhan kali ni..special sikit..ye laaa sejak aku berenti keje dan keje sendiri aku ade banyak masa nak buat amalan..kalau dulu aku kerja siang malam ot..nak solat maghrib pun kadang2 tertinggal sebab lepas buka puasa..kena terus buat keje kat opis..banyak order time2 nak raya masa tu..aku pun tak dapat nak buat ape..bos aku memang kerah abis2..kadang2 rasa bersalah gak tinggalkan solat yg wajib..tu laaa akibatnyer keje ngan orang..kite kena ikut cakap dier je..tapi skang aku seronok sangat, aku dah keje sendiri dan aku dah tak tinggal solat lagi..aku nak jaga solat aku betul2 tak macam waktu keje dulu…alhamdullilah..

lepas ni aku nak sambung balik buat keje..esok nak hantar 2 artwrok kat customer..kena cari idea2 sikit..nak kembangkan otak dulu..walaupun ari2 buat design kepala kadang2 buntu gak..susah idea nak masuk…so kena buat research laaa sikit…

Okey laa…aku buat keje dulu..jap lagi ke kalau aku dah abis keje aku sambung balik cerita..bye2..

salam

p/s : Puasa mengajar aku menghargai bulan suci Ramadhan..tiada bulan lain     yang seindah bulan ini..




COUNTDOWN

September 2008
M T W T F S S
    Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

MaiMaryam@MaiComel

PERSONAL CONTROL PANEL

MOST IMPORTANT