Author Archive for maibad

25
Jan

siapa yang akan mendoakan kita??

Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya. Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia! Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.’kata si pengarah ini dengan yakinnya. Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati. Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah. Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.

Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka. Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu. Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri. Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung kerana kurang rehat. Melihat peristiwa itu, tanpa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya. Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!

Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku? Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.

Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu. Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00. Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu. Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.

Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.

Kuasa Doa

Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia. Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain. Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain. Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan,

Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang soleh, Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang taat pada Mu, taat pada RasulMu s.a.w., taat pada kedua orang tuaku, ayahbonda ku tercinta, taat kepada semua guru murshidku yang telah membimbingku menuju jalan sampai kepada Mu. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang bijaksana hikmah yang dibekali olehMu ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam bertaqwa mengabdikan diri pada Mu dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat-nikmatMu wahai Tuhan yang berbelas kasih. ” ..
25
Jan

Hikmah tersembunyi dalam SOLAT SUBUH yg kita tidak ketahui….

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit. Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.


Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT. Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya. Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari).


Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegaslah bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

31
Dec

keistimewaan wanita…syukur!!

Keistimewaan Wanita
6 Apr 2008
Kategori: Wanita Cinta | Ungkapan Cinta

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

17
Dec

sesungguhnya manusia mudah melupakan tuhan….

sesungguhnya manusia mmg mudah melupakan tuhan…sedarkah kita betapa allah itu terlalu besar zatnya….zat yg masih mahu memaafkan dan melebarkan kasih sayang terhadap manusia walaupun manusia selalu melupakannya. Zat yang masih melimpahkan rezeki walaupun manusia sentiasa lupa dan angkuh untuk bersyukur dan berterima kasih terhadap pemberiannya…

betapa besarnya kasih dan sayang Allah…walau sebesar mana dosa manusia…tuhanku masih mahu menerima taubatku….masih mahu melimpahkan rahmat, masih pemurah menyalurkan rezeki…walau kadangkala manusia lupa untuk menjalankan perintahnya kerana sibuk mengurus rezeki yang tak kemana dan tak kekal sampai di padang mahsyar…

 

17
Dec

mampukah aku memiliki cinta manusia semulia ini….jika berhasil akan ku jaga bagaikan nyawaku sendiri

mampukah aku memiliki cinta manusia semulia ini….jika berhasil akan ku jaga dirinya bagaikan nyawaku sendiri, akan ku tunduk patuh padanya jika dia menyerahkan cinta agung ciptaan tuhan yang dia miliki kepadaku… mampukah dia membimbing aku ke jalan syurgamu…??..mampukah dia meletakkan aku sebaris wanita2 yang dimuliakan allah…. wanita yang menjadi ibu kepada anak2 yg soleh dan solehah?? wanita yang tetap dengan imannya??…mampukan dia??..semuanya terletak di bahuku sendiri…mampukah aku menemui insan mulia selayaknye dia??…wallahualam…

  for you Pictures, Images and Photos

06
Oct

orang bijak selalu mengingati mati dan bersedia untuk mati…korang mcm mana??

19

20

06
Oct

sukenyerr ngan baby…

13

06
Oct

huhu…rayaaa!!!..memang seronok…tp penat gilerrr…

salam…

sedar tak sedar dah 6 ari raya…ish, ish, cepatnyer masa bergerak….skang satu hari rasa mcm satu jam jek….kire lama gak laaa aku tak post cerite kat sini…abihhh..ari raya…mana sempat nak on computer…belum sempat duduk nak rehat ader je tetamu yang datang..nak tak nak kena laaa layankann…ye laaaa..tetamu kan kite wajib layan. lagi pun bulan2 syawal mcm ni kena banyakkan kunjung mengunjung baru laaa ceria jek raya ni…ape bole buat, mmg laaa penat giler…tapi best gak.

Yang paling best..cite2 aku nak turunkan berat aku ni tak berapa nak kesampaian…hahahaha..!!!! Bukan ape, bile aku dtg umah sedara mara diorang mcm tak bagi aku makan sikit2…bile aku makan sikit..diorang tak pueh ati pastu cedukkan lagi lauk suruh aku makan banyak2…hehe..kalau aku tak makan kang diorang kecik ati plak..terpaksa laaa layan gak dua tiga kali tambah..hahahah!!…usaha aku kurangkan makan masa bulan ramadhan konon2 nampak mcm nak berjaya..tp biler raya je..tak sampai seminggu, lemak aku dan naik balik..kah.kah..kah!! nak tergelak pun ader..diorang ni mcm tau2 je aku berangan nak kuruskan badan..hampeh..dengki betul!!! Heh..tak pe laaa..bole try lagi…usaha mesti diteruskan…Pastu skang ni aku tgh qada’ puasa aku yang ‘terbuang’ masa bulan ramadhan ari tu…dan kalau ader rezeki aku nak puasa sunat gak nam ari bulan syawal ni…inysa allah byk pahala dapat…dan bole laaa cairkan balik lemak aku ni..hahah.!!!!

Baru2 naik raya ni job design aku tak banyak sgt..bole laaa aku merewang2 sikit, merayap2 kat umah sedara..kang kalau keje dah banyak kang tak sempat nak jenguk diorang..ape2 pun raya taun ni kire ok laaa..walaupun dah tak berapa meriah mcm masa ada arwah ayah aku dulu2…sambutan raya aku kali ni ala kadar je..makan ape yang ade..berhias ape yang dapat..mak aku pun suruh bersederhana aje…ape yang penting syukur dengan segala pemberian tuhan.

Ok laa tu aje..lain kali aku cerita lagi.

Salam sayang.

24
Sep

aku sedih…smalam aku dah buruk sangka kat sahabat aku…

salam..,

sambungan kisah semalam…aku sedih sebab aku dah buruk sangka dengan sahabat aku sendiri. Betullah sangkaan aku..smalam kawan chat aku tu memang tengah sedih..dan tengah problem. Isk,.. menyesal pulak aku tak bagi dier call semalam…mungkin betullah dier nak luahkan perasaan sedih dier tu… ye laa mungkin orang lelaki ni tak suka nak tunjuk perasaan sedih dier tu.. diorang ader ego masing2..tu aku paham sangat. Tak macam pompuan..kalau ader masalah atau ape2 perkara yang merunsingkan senang aje ceritakan masalah atau luahkan perasaan yang terbuku….dah lumrah dan tak boleh nak ubah kenyataan tu…lepas aku sign out sbb kecik ati dengan jawapan ‘tak’ pada pertanyaan2 aku kat dier semalam….aku tak bole tido, pastu aku sign in balik..aku nak tau sangat ape sebab2 yang buat dier sedih mcm tu…dan sperti yg aku harapkan dier tegur aku dengan icon :(…., aku balas :-/ … sebab aku nak agak ape yg dier nak bagi tau…last2 dier mintak maap….paham laaa aku dier ader masalah…dan tak bagi aku pikir masalah tu….aku mana bole, selagi tak dpt jawapan..aku tak puas hati…ye laa, aku mmg risau kalau kawan aku ader masalah..lebih2 lagi dier sahabat aku….aku balas dan bagi tau dier…aku paham dan tak nak dier sedih2…dan aku pun mintak maap gak sebab aku rasa bersalah tak bagi dier call pc aku smalam..pastu aku mintak izin nak tido…walaupun  tido aku tak lena sebenarnyer…kesian kat dier…

dan tengahari esoknyer…kitorang chat balik. Yang buat aku konpius, dier kata dier tak raya..ader keje..aku terkejut, keje ape raya2 mcm ni…pastu baru laaa dier citer yang sebenarnyer….ayah dan ibu tiri ngan adik2 dier balik kampung raya ni. oooo..baru aku paham. Rupa2 nyer dier sedih…raya ni dier tak der teman…dalam erti kata lain..sorang2….pastu cakap nak dok umah je, nak tido. Sebab rasa ihsan aku ni terlebih2…dan sayang aku sebagai sahabat kat dier..aku ajak dier datang umah aku raya ni..jawapannyer malu…tu aku paham laaaa…lagi pun baru jumper sekali je..mesti laaa malu…aku tak kisah sebenarnyer…aku raya2 mcm ni bukan beria2 nak sambut..cume ade laa time nak ziarah saudara mara…tu aje..mintak2 maap sikit2..itu dah memadai bagi aku…

bagi aku kalau kawan2 aku dtg berziarah mesti laa aku rasa best sgt..ader gak kawan2 yg ingat kat kite…aku harap2 kawan chat aku tu datang laaa umah aku raya ni…kesian dier mesti rasa sunyi je…aku paham sgt perasaan org bile hidup sorang2 ni..yang paling aku tak sampai hati tadi dier pas kat aku lagu raya, aishah nyanyi tajuk “Setitis Cahaya Di Aidilfitri”..syahduu je dengar lagu tu…mcm lagu tu ada kena mengena ngan hidup dier…isk..tak sampai ati plak aku rasa…dan perkara yang dier slalu bangkitkan kat aku adalah “bilerlaaa aku nak kawin” ayat yang slalu dier bagi tau kat aku..sedih plak..dan aku slalu bagi jawapan yang sama “serah pada takdir…jodoh ko mesti ada..mungkin lambat sikit…kita kan lahir berpasang2..” mungkin sebab hidup sorang2..keinginan nak kawin tu tambah meluap2. Ye laa, kalau dier kawin, ader laaa gak orang teman dier..tak laaa sorang2. Lagipun dier pernah cakap, itu kan fitrah manusia. Biler rasa sayang, ihsan dan kesian pada sahabat aku ni bertambah dan tak nak dier rasa keseorangan sangat..aku bagi tau dier “kalau ko rase ko sorang….aku kan ade..anggap laaa aku sedara ko jugak…” hanya tu je yg aku mampu bagi tau…lebih2 aku pun tak tau nak bagi harapan ape..harap2 lega gak laaa hati dier.

dan yang paling aku sedih..dier cakap tak online sampai naik raya ni…isk..isk..sedih sangat..aku pun tak tau kenape dier jadi mcm tu..tapi tak pe laaa, mungkin dier nak amik masa tenangkan diri…tu mmg aku paham sgt2..selama ni aku mmg hari2 chat ngan dier..ye laaa bile sesuatu bende yg kite buat ari2..pastu kiter tinggalkan sekejap mesti laaa ader rasa kekurangan sikit lepas tu..rasa rinduu…tu tak bole nak elak laaa….cume aku tak pernah laa bagi tau perasaan aku mcm tu kat dier..nanti dier kata aku perasan pulak..bukan ape rinduu kat kengkawan tak salah kann…

dan tadi kitorang bermaaf-maafan…rasa hiba jugak..ye laaa skang ni cume dier laaa tpt aku mengadu kalau aku ader aper2 problem..dier pun amik berat kat aku..kadang2 kalau aku gastrik..dier tanya gak laaa kabar…tu yang buat aku rasa sedih sangat..sebab sahabat mcm ni mmg susah nak cari zaman skang..mmg laaa manusia tak der yang sempurna…tapi dari sikap dan kata2 kawan aku ni aku nampak dier org yang ikhlas nak bersilaturrahim…dan aku pernah bagi tau dierrr aku sayaanggg sangat kawan mcm dier sebab mmg susah nak dapat..kawan yg slalu layan perangai bodo aku..yg slalu bagi aku nasihat dan yg slalu ingatkan aku perkara2 yang baik…

Aku harap naik raya ni..dier chat balik laaa ngan aku…mesti banyak bende nak diceritakan dan harap2 bende2 yang baik aje terjadi pada masa tu…aminn..

salam sayang…

23
Sep

pose dah nak abis..dah bole ucap slamat ari raya lah ni…

trial




COUNTDOWN

September 2009
M T W T F S S
« Jan    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

MaiMaryam@MaiComel

PERSONAL CONTROL PANEL

MOST IMPORTANT